Sunday 12 June 2011

INFO SEMASA :D

TEH MENYIHATKAN JANTUNG WANITA

Wanita yang gemar minum teh mempunyai jantung yang sihat..Begitulah penemuan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Belanda.. Menurut kajian itu,mereka yang minum satu atau dua cawan teh setiap hari,ia dapat membantu dalam mengurangkan risiko untuk mendapat serangan sakit jantung yang berpunca daripada pengecutan arteri.. Pengecutan ini bepunca daripada kandungan lemak dan bahan lain di wall dalam arteri.. Jika anda mengambil empat cawan teh sehari pula risikonya berkurangan sebanyak 69 peratus.. Penemuan ini berdasarkan satu kajian membabitkan 3,454 penduduk di Belanda yang tidak pernah mengalami penyakit kardiovaskular (maklumat tentang penyakit kardiovaskular).. Kandungan bahan flavonoids yang boleh didapati di dalam serbuk teh menjadi bahan antioksidan,kata pengkaji dari sekolah Perubatan Eramus University di Rotterdam.. Di samping teh,flavonoids juga boleh didapati dalam bawang yang boleh memudaratkan sel dan menyebabkan serangan jantung,angin ahmar dan kanser..



No comments:

Post a Comment