Monday 25 July 2011

Rumah Oh Rumah...


Hiasan semata-mata xD

Fuhhh,penat gak kaki aku berjalan hari ini..kelas start dari pagi,pukul 7.30 smpai 3.30 petang..kalau kelas sampai petang tu,aku tak kesah sangat sebab dah biasa balik lewat masa sekolah dulu..hari ini kita orang ada pembentangan untuk subjek soft skill..subjek ni sepatut nya kita orang ambil masa sem3 nanti,tapi lecturer cakap sekarang di tukar ke sem1..tujuan subjek soft skill ni adalah untuk meningkatkan keyakinan kita orang masa bercakap dengan orang ramai..masa soft skill ni,semua pelajar lelaki pakai baju smart2..kalau dah pakai smart2 tu mesti lah hensem kan?hahaha...kita orang bentang tentang perwatakan diri saya..kira macam tu lah bunyi dia,hehe..aku pulak lukis gambar rumah untuk cerita tentang diri aku,hahaha...rasa nak gelak pun ada,macam pelik je gambaran aku tentang diri aku..tapi bagi aku,susah lah kalau kita nak nilai perwatakan kita sendiri..kalau orang lain nilai kita,takpe lah juga..aku ni pulak jenis yang dapat terima kritikan orang,tak kira yang positif atau yang negatif..ye lah,kita ni kan tidak sempurna..nobody perfect kata orang putih kan,haha...selain tu,aku ni pulak jenis yang tidak banyak cakap..eh,betol ke aku ni tak banyak cakap?betol lah kan,hehe..


Tapi aku rasa aku bukan macam rumah ni,cepat runtuh..aku bukan jenis yang cepat mengalah dengan masalah yang menimpa aku..kita sebagai manusia biasa,tidak terlepas dari ujian Allah S.W.T ..hidup kita umpama roda,kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah..hidup kita tidak selalu nya gembira,kan?so,apa yang penting ialah kita kena hadapi segala dugaan yang menimpa kita..biar apa pun yang terjadi,kita kena hadapinya dengan senyuman..aku pilih rumah untuk ceritakan tentang diri aku ini kerana rumah tu kan teguh berdiri di sesuatu tempat..rumah tu jugak sebagai tempat untuk berlindung,begitu jugak aku..kalau kawan-kawan ada masalah,aku sedia membantu setakat mana yang aku mampu...hehe.. (^_^)v

No comments:

Post a Comment