Monday 25 July 2011

Rumah Oh Rumah...


Hiasan semata-mata xD

Fuhhh,penat gak kaki aku berjalan hari ini..kelas start dari pagi,pukul 7.30 smpai 3.30 petang..kalau kelas sampai petang tu,aku tak kesah sangat sebab dah biasa balik lewat masa sekolah dulu..hari ini kita orang ada pembentangan untuk subjek soft skill..subjek ni sepatut nya kita orang ambil masa sem3 nanti,tapi lecturer cakap sekarang di tukar ke sem1..tujuan subjek soft skill ni adalah untuk meningkatkan keyakinan kita orang masa bercakap dengan orang ramai..masa soft skill ni,semua pelajar lelaki pakai baju smart2..kalau dah pakai smart2 tu mesti lah hensem kan?hahaha...kita orang bentang tentang perwatakan diri saya..kira macam tu lah bunyi dia,hehe..aku pulak lukis gambar rumah untuk cerita tentang diri aku,hahaha...rasa nak gelak pun ada,macam pelik je gambaran aku tentang diri aku..tapi bagi aku,susah lah kalau kita nak nilai perwatakan kita sendiri..kalau orang lain nilai kita,takpe lah juga..aku ni pulak jenis yang dapat terima kritikan orang,tak kira yang positif atau yang negatif..ye lah,kita ni kan tidak sempurna..nobody perfect kata orang putih kan,haha...selain tu,aku ni pulak jenis yang tidak banyak cakap..eh,betol ke aku ni tak banyak cakap?betol lah kan,hehe..


Tapi aku rasa aku bukan macam rumah ni,cepat runtuh..aku bukan jenis yang cepat mengalah dengan masalah yang menimpa aku..kita sebagai manusia biasa,tidak terlepas dari ujian Allah S.W.T ..hidup kita umpama roda,kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah..hidup kita tidak selalu nya gembira,kan?so,apa yang penting ialah kita kena hadapi segala dugaan yang menimpa kita..biar apa pun yang terjadi,kita kena hadapinya dengan senyuman..aku pilih rumah untuk ceritakan tentang diri aku ini kerana rumah tu kan teguh berdiri di sesuatu tempat..rumah tu jugak sebagai tempat untuk berlindung,begitu jugak aku..kalau kawan-kawan ada masalah,aku sedia membantu setakat mana yang aku mampu...hehe.. (^_^)v

Sunday 24 July 2011

JTMK


Morning semua!! semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini ^_^ ..korang tahu ke ape maksud JTMK tu? JTMK tu maksud dia Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.. aku ambil course Teknologi Maklumat(Pengaturcaraan) under JTMK tu.. so far,ok lah bagi aku sebab kita orang belum banyak belajar lagi..hee..kawan-kawan aku yang sama course aku ni ada gila-gila sikit kepala dia orang,kebanyakan dari dia orang berasal dari Negeri Bawah Bayu,Sabah..Lecturer kita orang pun ada cakap yang course aku ambik ni memang banyak orang Sabah ambik..Tapi nasib baik lah ada gak orang Sarawak sama kelas dengan aku,tak lah aku kekok sangat..mesti korang boring kan baca blog aku ni,HAHA...kat bawah tu aku ade letak sikit gambar aku dengan classmate aku masa kita orang pergi jalan-jalan kat pantai..tapi tak semua lah yang pergi sebab ade yang balik rumah dia orang..













K lah,tu je yang aku nak cite hari ni..tak tau nak cite apa lagi ni,hee..banyak lagi gmbar yang kita orang ambik sebenarnya,tapi malas lah aku nak upload banyak sangat... xD


Saturday 9 July 2011

Politeknik Mukah Sarawak

Assalamualaikum... Hari ni rasa nak buat entry tentang sambung belajar lah pulak... Hampir 2 minggu,aku tak update blog aku ni... Mana tak nye,asyik busy je uruskan hal pengajian aku ni... Aku bersyukur sebab aku dapat smbung belajar dekat IPT (POLITEKNIK MUKAH SARAWAK)... Perasaan aku masa dapat twaran smbung blajar dekat poli,tak dapat di gambarkan... Gembira,sedih and macam2 lagilah... Aku gembira kerana dapat peluang untuk teruskan belajar dan kalau boleh aku nak buat parent aku happy dan proud dgn aku... Maybe rezeki aku ada di POLITEKNIK ni... Dalam masa aku gembira-gembira ada jugak rasa sedih... Mana tak nye,first time berjauhan dengan family... Tapi nak buat macam mana,dah aku dapat peluang sambung dekat politeknik mukah,tak kan aku nak tolak... Banyak lagi orang lain yang nak sambung tapi takde rezeki... Peluang dah ada di depan mata,maybe itu yang terbaik untuk aku... Kita hanya merancang,Allah yang menentukan segala-galanya untuk kita sama ada baik atau buruk... Setiap yang berlaku pasti ada hikmah nye,kan? ^_^  Apa yang penting sekarang,aku mesti belajar rajin2 dan mengembirakan hati parent aku... Dekat bawah ni aku letakkan lagu POLITEKNIK MALAYSIA,boleh tahan lagu ni... hee :))








Aku ade satu lagi video nak kongsi dengan korang,hope korang tengok video kat bawah ni ea... Video ni pun aku dapat masa ade kuliah subuh... Ade ustaz yang bagi ceramah tentang pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak mereka then dia tunjukkan kat kita orang video ni... Masa tengok video ni,banyak yang menangis kerana sedih... Bagi mereka yang masih ada ayah dan ibu,hormati dan sayangilah mereka sebagai mana mereka menyayangi kita... Tidak ada siapa yang dapat menggantikan ayah dan ibu kita...







Tanpa ibu dan ayah,tiada lah kita di dunia ini... Banyak pengorbanan yang mereka sudah lakukan untuk kita... Maybe sekarang korang tak rasa,sebab korang maseh ade ayah dan ibu... Cuba bila korang sudah kehilangan mereka pasti korang sedih... Takde tempat untuk mengadu dan untuk meluahkan perasaan... Aku cakap macam ni sebab aku sedih masa kita orang dalam MSK (Minggu Suai Kenal) ade kawan-kawan yang dah takde ayah mereka... Satu lagi,bukan semua orang berasal dari keluarga yang senang dan kaya-raya... kadang-kadang,kita tidak tahu akan keadaan kawan-kawan kita... then,tanpa abang dan kakak senior yang ada tidak mungkin MSK dapat berjalan dengan lancar... dari raut wajah mereka,nampak macam takde masalah tapi dalam hati dia orang hanya Allah saje yang tahu...

So,bersyukur lah dengan apa yang kita ada kerana ada orang lain yang lebih susah lagi dari kita... ^_^